COMPETITION IKIP CULINAIRE CHALLENGE 2009
1 comments Posted by Chef Khairul "Kesabaran Asas Kejayaan' at 6:16 PMJuri-juri profisional....
Duppp..daapp..guupp.cepat2..masa dah nak habis..
Tarraaaaa..jeng2..dah siapppp...hehee
Jemputlah..rasa makan makann niee..jangan malu2...he3..
Wedding cake..
hhmm..saya ceritalh serba sedikit pengalaman belajar.. dalam bidang cooking & pastry niee..hmm..sebelum saya b"kerja kat hyatt regency resort niee..saya pernah belajar kt College Imperia..course perhotelan..cooking."penyediaan makann".. ...My knowledge bukan sekadar pasal masakan sahaja..tetapi merangkumi semua...dari menu planning..costing..preparation dan juga serving..heemm..first2 start jer sesi belajar..mmg rasa semangat betul nk belajar cooking.tpi bila time dh belajar..rsa boring plak dgn chef yg mengajar niee..sbb chef yg mengajar niee garang betul..silap sikit..kenalh ketuk.@ kena baling dgn kasut..tpi bagus jgak cara chef nie mengajar..cepat pandaii..Syukur Alhamdulillah..saya dh boleh wat masakan wersten..wat roti..wat kek..tpi saya lebih minat wat roti..wat kek..errmm.. and then bersyukur sangat saya sekarang nie dah dapat b"kerja di Hyatt regency resort sbgai commis chef..
Hmmm..suka saya menerangkan kepada semua tentang peralatan2 asas untuk penyediaan makanan...Pisau bukan sahaja menjadi sahabat karib kepada tukang masak ketika didapur malahan ianya merupakan alat seni yang jika pandai digunakan..dapat manghasilkan satu hasil kerja yang menarik untuk tatapan umum...contohnya vegetable carving...butter sculpture dan lain2 form of art and decoration yang berkaitan dengan bahan2 masakan...Matlamat sebenar penggunaan pisau semasa didapur ialah untuk memotong...the key word is 'potong'...Tetapi bukan semua jenis pisau itu sama....dan ada diantaranya hanya sesuai untuk memotong certain2 benda sahaja....Pisau potong daging bentuk lain...pisau potong ikan bentuk lain..pisau potong roti bentuk lain....akan tetapi..ada satu jenis pisau yang boleh dikatakan mampu untuk memotong semua benda..ia dikenali sebagai..French Knife @ Kitchen Knife..
Pisau hendaklah senentiasa dalam keadaan tajam....dan untuk memastikan ianya tajam..pisau haruslah diasah..sekurang2nya seminggu sekali...bergantung kepada kekerapan penggunaannya...untuk mengasah pisau...kita boleh menggunakan batu pengasah..(yang warna kelabu ) ataupun Butcher steel (besi bulat bentuk silinder)...jika mengasah menggunakan batu pengasah....make sure asah mengikut satu arah sahaja....condongkan mata pisau 45 darjah..pas tu asah ikut satu arah sahaja...
Memasak ni ialah salah satu dari cabang seni...jadi pastikan seni memasak itu dipelajari dari sumber2 yang betul....dalam dunia masakan....citarasa adalah satu yang subjektif...ada yang suka masin..ada yang suka manis...ada yang suka pedas..ada yang suka kurang pedas....jadi sebagai tukang masak yang baik....kita mesti dapat balance kan kesemua format rasa tadi dalam satu masakan yang boleh diterima rasa oleh semua jenis pemakan...thats why kalau kita pergi restaurant...ada table salt dan sugar container kat atas meja....so they can adjust to their own taste bud without loosing the original receipe punya touch...
Sebelum kita mengenal dunia masakan dengan lebih dalam...suka saya menerangkan tentang benda2 asas dalam masakan dan cara dan sukatan penggunaannya ketika memasak...unit ukuran yang standard bagi mengukur julat atau jumlah penggunaan garam, gula dan rempah2 ratus yang lain ialah dengan menggunakan Table spoon ataupun tea spoon.... tapi kalau dah masuk bab penyediaan makanan untuk Banquet size.....dah tak relevan lagi lah Table and tea spoon tu...kekekeke...kita kena pakai senduk plak..
Memasak ni terbahagi kepada beberapa teknik bahagian...satu ialah penyediaan makanan secara mentah (raw) biasanya melibatkan penyediaan salad, ulam dan dari jenis tumbuh2an dan juga buah2an....kebiasaannya teknik ini tidak menggunakan sebarang unsur api (heat)...dan yang keduanya ialah penyediaan makanan secara direct heat...seperti Pan fried, Grilling, oven bake dan yang berkaitan dengan penggunaan api secara keseluruhannya...ketiga ialah penyediaan makanan secara kukus dimana wap air digunakan untuk memasak sesuatu makanan (contohnya jagung, kueh pau, ikan dan lain2)..
Untuk setiap teknik masakan itu..kita kena tahu peraturan dan juga prinsip2 asasnya...contoh...penyediaan makanan secara mentah haruslah menggunakan bahan2 yang segar dan tidak mudah basi layu ataupun masam...Penyediaan makanan yang menggunakan api.... wajib menggunakan mentega ataupun minyak untuk mengelakkan bahan2 masakan tadi dari melekat di kuali ataupun griller (tertakluk kepada menu masakan)..
Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui..."
Makanan kita tradisi kita
Tandoori Chicken..Nyam..Nyaamm
How to make cheese cake
Blueberry Muffin
Fish and chip
Daging masak merah
Daging masak merah
Bahan :
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato 5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak
Bahan Hiris :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara :
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. 2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris dan kaca. Kacau dan gaul sebati. 5. Angkat dan hidangkan
Lemak cili api ayam
Lemak ciliapi Ayam
Bahan :
1/2 ekor ayam [buang kulit & potong kecil]
3 biji kentang [belah 4]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
garam
Bahan Mesin Halus :
20 tangkai ciliapi
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
2 tangkai serai
1 cawan air
cara membuatnya :
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga mendideh dan ayam juga kentang lembut. 2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendideh semula.
3. Rasakan garam dan tutup api. 4. Hidangkan dengan nasi putih.
Rojak Ayam
Rojak Ayam
Bahan :
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
Kuah Kacang..
Bahan :
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak garam secukup rasa
bahan mesin :
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.
chicken chop
Resepi chicken chop
Bahan :
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]
Bahan Perap :
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak
Cara :
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah
sos rempah
bahan :
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato garam
cara :
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.
ayam percik
Resepi ayam percik..
Bahan :
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari
1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa
bahan mesin halus :
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
Cara :
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
Asam pedas Ikan Tenggiri
Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri
Bahan :
500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 biji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
3 cawan air
secubit gula
garam
bahan mesin :
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
Cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan dan daun kesum.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Nasi lemak
resepi nasi lemak
Bahan-Bahan:
Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)
Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)Garam secukup rasa..
Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat
Cara:
Untuk memasak nasi:Satukan semua bahan dalam sebuah periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan. Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak pans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.
Sambal Sotong
Bahan2..
1.Sotong kembang - direbus sebentar hingga empuk.
2.Cili kering - dipotong, buang biji dan rebus sebentar sebelum dikisar Air asam jawa.
3. Bawang besar -dihiris bulat Sedikit kacang tanah kisar/tumbuk halus Bawang putih Bawang merah Sedikit belacan Tumbuk semua bahan ini hingga sebati.
Cara-cara membuat..
Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi. Masukkan sotong kembang yang telah dipotong ikut suka masing-masing. Masukkan gula, garam dan sedikit air asam jawa. Masukkan bawang besar. Akhir sekali masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus. Siap.
jeng,jeng..resepi laksa perak
Bahan-Bahan:
Bahan A: 10 ekor ikan sardin saiz sederhana.
Bahan B: 7 cili kering.
Bahan C: 4 ulas bawang besar
Bahan D: 2 keping asam keping 4 batang daun kesom.1 helai bunga kantan.
Bahan E: Limau nipis Cili padi Bunga kantan Daun salad Timun Daun pudina Bawang Bahan
F: Mee laksa (basah/kering) garam secukup rasa..
Cara:
Langkah 1: 1.Bersihkan ikan dan rebus ikan tersebut.
2. Asingkan isi dan tulang dari ikan.
3. Simpan air rebusan ikan.
4. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan.(jangan dikisar sampai lumat)
5. Letakkan hasil kisaran tadi di dalam bekas.
6. Kisar tulang ikan dengan baki air rebusan.Toskan.
7. Kisar sekali lagi tulang ikan tersebut dengan air biasa.Toskan.Pastikan tiada lagi isi pada tulang ikan. 8.Campurkan hasil yang ditoskan tadi dengan isi ikan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk. Langkah 2:
9. Blend cili kering hingga lumat.Asingkan.
10. Blend bawang besar sehingga lumat.
11. Masukkan kedua-dua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk .Gaulkan hingga sebati.
12. Letakkan peiuk di atas api.
13. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping yang telah dibersihkan.
14. Biarkah ia mendidih sehinnga naik minyak.Masukkan garam secukup rasa.
15. Di dalam periuk yang lain, celurkan mee laksa tadi.
16. Apabila telah masak, hidangkan laksa bersama bahan E.
Biskut Almond London
Biskut Almond London
Bahan :
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]
Badam yang sudah dibakar Coklat masakan - cairkan cara double boiling..
Cara membuatnya :
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. 4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur. 6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.
Yuummmyyy >>Kek puding keramel
Karemel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air
Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanila
Kek span
• 70g tepung gandum
• 60g gula halus
• 2 biji telur
• 20g mentega- dicairkan
Cara-cara >>>
1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
2.Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. Ayak tepung ke dalam adunan telur dan kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) Sejukkan dulu br keluarkan dr loyang.
Resepi kek usaha kejayaan... tak boleh dimakan tauu..jeng3
1.250 gm Daya usaha
2.100 gm Kesabaran
3.100 gm Keimanan
4.190 gm Keinsafan
5.150 gm Pengorbanan
6.150 gm Campuran akhlak mulia( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
7.8 sudu the rasa tanggungjawab
8200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya..
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik
Pasta Bolognaise
Bahan-Bahan:
Ingredients
1• 250g spaghetti
2• 200g minced beef tenderloin
3• 1–2 tbsp olive oil
4• 1 medium sized onion, chopped
5• ½ tsp chopped garlic
6• 1 small can tomato paste, approx 125g
7• 1/8 tsp dried oregano
Seasoning
8• 1/8 tsp salt
9• 1/8 tsp pepper
10• 1 tsp sugar
11• ½ cube Maggi beef stock
12• 1 tbsp freshly chopped parsley
13• 60g fresh oyster mushrooms, chopped
14• 180ml water
15• Some Parmesan cheese
Cara:
Bring a large pan of water to the boil. Add a little salt and corn oil. Dip the spaghetti into the water, allowing it to gradually ease in. As the spaghetti becomes submerged in the boiling water, it will soften and bend. Cook until al dente or till the textures to your liking. Drain and set aside in a serving plate. Heat olive oil in a saucepan and sauté minced beef, onion and garlic until well browned and fragrant. Stir in tomato paste and add in the rest of the ingredients. Cover and simmer for 20–25 minutes. Add seasoning to taste. Pour the cooked meat sauce over the spaghetti. Sprinkle with Parmesan cheese and serve immediately.
Sajak Setiap Detik Umur Kita Pergi
Ada 5 perkara yang Allah rahsiakan, Hari Kiamat, Malam Lailatul Qadar, amalanbaik kita yang manakah Allah redha dengan kita, amalah jahat manakah yangmenyebabkan Allah murka dengan kita dan bilakah tarikh KEMATIAN KITA.
Mari kita hayati sajak ini, agar menjadi satu panduan untuk kita semua.
SETIAP DETIK UMUR PERGI
Setiap detik umur kita pergi Pergi
tidak akan kembali lagi
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi
Dari detik ke minit, dari minit ke saat
Dia bertambah laju pergi
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari
Dari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah
lagi
Lagi cepat umur kita yang pergi
Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi
Yang pergi itu tidak berganti
Yang pergi tetap pergi, yang datang
mengurangkan lagi
Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari
Lari tidak akan bertemu lagi
Yang lari tetap lari, tidak kembali
Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh dia pergi
Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu laju
Begitulah umur kita pergi, setiap detik dia luak
Kita merasa umur kita bertambah lagi
Luak, terus luak, kurang terus kurang
Kita merasa umur kita bertambah panjang
Kita pun berangan-angan panjang
Kerana merasakan hidup panjang lagi
Tiba-tiba MATI...
Di waktu itu terbeliak biji mata
Bekalan yang dibawa tiada
Menyesal sepanjang masa, tidak
berkesudahannya.
Pantun Buat Sahabat
Ikhlas bersahabat membawa berkat,
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat.
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat,
Buat panduan dimana berada,
Agar persahabatan membawa berkat.
Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.
Semasa didunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembali,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati.
Kata-kata semangat dari sahabat
Umat terpilih
antara ribuan manusia
jangan lalai
jangan lupa
Bermula dengan lafaz
bismillah
Terangi hidup
dengan cahaya hidayah-Nya
KEEP ON GOING.
Orang berjuang
Orang bermujahadah
Semuanya diuji
dengan nafsu
dengan harta
dengan cinta(al-Wahn)
dengan pujian
dengan harta
dengan hiburan
dengan kesedihan
Mungkin terjatuh
Mungkin tersungkur
NEVER GIVE UP
Terus bangkit
Terus berdiri
Terus berjalan
Terus berlari
Ke arah KEBENARAN
Jalan yang Lurus
Jalan yang benar
Setiap udara yg kita hirup
setiap denyutan nadi
setiap degupan jantung
setiap titis darah yang mengalir
ALLAH IS ALWAYS WITH US
YOU are NOT alone
Wallahu"alam.
Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekalian alam.
Hikmah berzikir
Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya ( batin ). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq ( Sang Pencipta ).
Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan metode membentuk dan memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus bernilai Ibadah.
Dengan zikir berarti membersihkan dinding kaca batin, ibarat sebuah bohlam lampu yang tertutup kaca yang kotor, meyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar secara maksimal. Melalui zikir, berarti membersihkan kotoran yang melekat sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya bisa memancar keluar.
Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki pengaruh terhadap kekuatan batin ? untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu diketahui bahwa hal tersebut merupakan bagian dari karunia Allah SWT
Dalam sebuah Hadist. Bahwa dengan selalu mengingat Allah menyebabkan Allah membalas ingat kepada seorang hamba-Nya “ Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku “ karena itu, agar Allah senantiasa mengingat Anda, perbanyaklah mengingat-Nya dengan selalu berzikir.
Takzkirah - Akibat melalaikan Solat
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T.
Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya; 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya"